Pelaksanaan BIG berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani era globalisasi.

Aktiviti BIG merupakan salah satu aktiviti wajib bagi bakal guru di IPG.  Program ini merupakan pencetus kepada usaha pembinaan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketabahan dan ketahanan fizikal dan mental serta dapat menyumbangkan manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama selaras dengan nilai2 keguruan.  Hmmm.. panjang lebar penerangan ya.

 

BIG

Ada 11 aktiviti BIG yang telah dilalui oleh mentee.

Yang paling menarik ialah BIG semester pertama.  Mereka berkhemah di Telok Kemang, Port Dickson selama 4 hari 3 malam.  Seperti yang telah dirancang, pada 14  April 2008, seramai 77 orang pelatih guru  dan 8 orang guru pengiring telah mengikuti perkhemahan Bina Insan Guru, Fasa 1 sesi 2008, yang bertempat di Teluk Kemang. Bas bertolak dari institut pada  jam 8.00 pagi. Setelah tiba di tapak perkhemahan, sekali  lagi pelatih diberi taklimat  mengenai  tentatif program dan perjalanan aktiviti sepanjang  empat hari tiga malam perkhemahan. Selepas  solat Zohor dan makan tengahari, taklimat mengenai penyediaan tapak perkhemahan dan ikatan asas  untuk mendirikan  khemah diberikan oleh pensyarah pengiring ,seterusnya  mendirikan khemah-khemah pelajar dan  melaksanakan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan dgn penuh kerjasama.  Masing-masing berseronok dan gembira dengan aktiviti yang dianjujrkan.  Macam tu la baru betul.. sentiasa bersemangat dan optimis..

 

 

 

BIG Sem 2

Aktiviti Kemasyarakatan dan Ceramah dan Bengkel merupakan dua aktiviti yang perlu dikendalikan oleh pelajar PISM sem 2.  BIG sem ini pelajar saya telah membuat  Seminar X-Plorasi minat pada 2 Ogos 2008 dan aktiviti kemasyarakatan, mentee saya telah memilih Tadika Desa Permai berdekatan Kampung Abu Bakar baginda.  Melalui aktiviti ini, mereka bergotong-royong membersihkan tadika dan membuat BBM.

BIG Sem 3

Seminar Etiket Sosial dan Protokol Majlis Rasmi telah diadakan di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa pada 4 Mei 2009 bersamaan dengan hari Isnin. Seminar ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan tugasan Bina  Insan Guru bagi pelajar semester 3 ambilan Januari 2008.  Aktiviti kemasyarakatan di Salah sebuah Masjid di Klang telah dilakukan dengan jayanya oleh pelajar.

 

BIG Sem 4

Aktiviti kemasyarakat yang dipilih ialah, bengkel pendidikan telah dijalankan di Tadika Halimatussaadiah oleh pelajar kuliah PISMP 4.06 opsyen Pengajian Prasekolah  pada 16 Julai 2009.

 

Sementara aktiviti perkhemahan ialah di di Kampung Janda Baik  pada 27 Julai 2009.

 

 

 

Jualan Hari Sukan..  Melucukan kerana hanya satu-satunya jabatan yang menganjurkan jualan.  Tetapi apa salahnya, bukan sahaja membuat kebajikan dengan membuat jualan murah kepada pelajar dan pensyarah tetapi juga mengeratkan hubungan sesama rakan dan pelajar..

Rakan-rakan Tersayang

Bersama-sama rakan Sepenjualan

Bersama dua orang mentee.  Mmm, sama tarikh lahir?  Betul ke?

Bersama dua orang mentee. Mmm, sama tarikh lahir? Betul ke?

Banyak aktiviti yang dibuat bersama-sama mentee untuk mengeratkan hubungan.  Antaranya mengadakan rumah terbuk a sempena perayaan dan juga jamuan-jamuan mengikut sambutan hari tertentu.  Daripada komitmen yang ditunjukkan semasa menganjurkan jamuan, jelas dilihat sifat kepimpinan dan sahsiah seorang guru dalam diri mereka.  Tahniah.  Kerjasama yang baik dan sikp sporting mentee dan pensyarah-pensyarah lain yang terlibt secara langsung dan tidak langsung amat menyeronokkan.

Mentee PISMP 5.06

Mentee PISMP 5.06

PISMP 5.06, begitu la kelas  menteeku.  Pra sekolah subjek major, terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki yang macho semuanya.  Yang membanggakan diriku, majoriti daripada mereka ini memperolehi result yang cemerlang dalam peperiksaan 2009.  Tahniah ya anak-anak.  Usaha lagi untuk lebih cemerlang.  Jgn lupa buat yang terbaik masa praktikum bermula lepas cuti nanti (22 Mac 2010). Selamat bercuti..

Pengalaman kita tidak akan pernah cukup untuk men orang lainempuhi hari muka.  Setiap cabaran yang dialami dalam kehidupan memberikan kita satu kekuatan untuk terus mengorak langkah.  Terlibat dengan program pembestarian sekolah sebenarnya banyak memberikan idea dan letusan motivasi untuk terus bergerak bersama arus perubahan pendidikan.  Sejauh mana kemampuan kita untuk memasukkan diri dalam era tranformasi pendidikan.  Untuk melakukan perubahan dalam sesuatu masyarakat sebenarnya memerlukan diri kita sendiri menerima perubahan.  Jangan ada perasaan ego dan bangga diri yang tidak bertempat sehingga ingin menunjukkan kehebatan diri kepada orang lain dan cepat meletakkan setiap masalah yang berlaku  atas pundak orang lain, tuduh menuduh dan menuding jari tanpa ada penyelesaian yang dicari.  Adakah ini yang dikatakan kita sebagai orang yang hebat, pakar tetapi apabila tiba kepada tanggungjawab, timbul persoalan,” oh ini tanggungjawab si polan, bukan saya. Langsung tidak ada perasaan bantu membantu dan muzakarah dalam usaha menerima perubahan.  Perasaan ini akan memakan diri sendiri dan memusnahkan ukhwah dalam sesebuah organisasi.  Moralnya ialah perlu muhasabah diri, menerima idea perubahan dan ubah diri sendiri dulu serta bertoleransi dengan masa, keadaan dan masyarakat.  Semoga kita akan bersama-sama seiring melakukan kerja kita sebagai ibadah dan sebagai wadah penggerak kepada arus perubahan.

Salam ceria Semoga anda mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang berharga.